Senin, 26 Oktober 2009

Hayatilah - detik2 terakhir rasululalh menghadapi sakaratulmaut

Hayatilah…

Utk Renungan Bersama ...

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, 'Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.' Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. 'Rasulullah akan meninggalkan kita semua,' keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam,' kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'

'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?' Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?' Tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 'Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku', peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii, ummatii, ummatiii?'

'Umatku, umatku, umatku' Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....

Dunia dan tamadun manusia ini berapakah usianya?

Di antara topik yang menjadi minat saya ialah mengkaji asal-usul Melayu serta asal-usul manusia seluruhnya. Di universiti, mungkin bidang ini dikenali sebagai Antropologi dan Sosiologi. Daripada renungan, menungan dan tenungan, saya dapat rumus beberapa hal.

Antaranya, bangsa Nabi Adam a.s masih lagi wujud ke hari ini dan kedua, banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s tidak melibatkan satu dunia, tapi hanya di sebuah tempat saja atau di beberapa tempat sahaja. Tapi, kalau mahu dibahaskan semua ini, kita perlu 100 halaman.

Kembara mencari pengertian hidup sangat penting. Manusia hari ini semakin biadap serta kehilangan punca apabila panduan sejarah mereka terbabas. Malcolm-X, seorang pejuang Islam di Amerika dalam penjara pernah berceramah ketika berusaha meniupkan semangat kebangsaannya yang ketika itu disalut ajaran agama yang tersasar daripada Islam sebenar.

"Kita adalah kaum kulit hitam yang paling gagah di Afrika, iaitu kaum Syabaz," katanya. Dalam penjara, beliau memeluk Islam dengan nama Abdul Malek as-Syabaz. Gelaran as-Syabaz itu merujuk kepada nama kaum asalnya. Akhirnya, Malcolm-X kenal dirinya.

Beliau kemudiannya menjadi pengikut Elijah Muhammad yang membawa fahaman aneh. Di sinilah yang menyebabkan Islam yang beliau fahami sedikit tersasar. Bagaimanapun, semua ini mungkin tidak sama dengan ajaran Islam Hadhari betul ajarannya, tetapi salah bawaan tafsirannya kerana imam Abdullah Ahmad Badawi tidak lurus fikirannya.

Tahap kedua Malcolm-X mengenal Islam yang sebenar adalah ketika mana beliau pergi menunaikan ibadah fardhu haji di Mekah. Perjalanan kerohanian kali kedua ini telah pun menyebabkan beliau menukar corak perjuangannya selama ini yang melihat Islam dalam citra perjuangan kulit hitam menentang penghinaan kaum kulit putih di Amerika.

Di Mekah, Abdul Malek melihat kaum kulit hitam dan putih malah berlainan warna kulit telah bertawaf bersama-sama dan mereka makan setalam bersama-sama. Semua makhluk Allah. Ini semua bertentangan dengan ajaran Islam bawaan Elijah Muhammad.

Sekembalinya dari Mekah, pengaruh Malcolm-X mengatasi Elijah sehingga hal ini telah menyebabkan cemburu di hati Elijah. Malcolm kemudiannya mati ditembak ketika beliau menyampaikan ucapannya. Antara anak didik Malcolm-X adalah Muhammad Ali, bekas peninju terkenal di Amerika. Demikian kembara Abdul Malek mencari Islam sejati.

Kekuatannya ditemui setelah berusaha keras dalam usaha kembara mencari asal-usulnya.

Negara kita tiada falsafah?

Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria dalam suatu ucapannya di Anjung Rahmat lalu pernah berkata bahawa antara punca kenapa negara kita tidak membangun adalah kerana negara ini dibangunkan tanpa falsafah yang kuat.

Ketika itu beliau berucap di atas pentas Kumpulan Prihatin, sebuah kumpulan bebas yang dianggotai kumpulan dan ahli akademik yang memperjuang isu-isu tentang Melayu Islam tanpa melalui saluran politik kepartian.

"Kita tidak seperti Melaka yang dibangunkan dengan falsafah tersendiri. Sebab itulah kita dulu boleh membentuk sebuah empayar yang kuat di Nusantara," kata beliau.

Apabila menyemak Sulalatus Salatin, kita akan menjumpai bagaimana perjalanan Raja Iskandar Syah ketika memilih negeri yang baik seperti Melaka. Mereka ada rujukan dan panduan. Antaranya, mereka berpandukan haiwan dan tumbuhan yang terbaik.

Diriwayatkan sebelum Melaka dibuka, penguasa dahulu telah menemui beberapa tempat untuk dibuat negeri. Tetapi tempat itu tidak baik kerana banyak ditemui biawak. Mereka terus berkelana hingga menemui sebuah tempat di mana pelanduk kecil dapat menendang seekor anjing pemburu. Akhirnya, raja pun mengetahui bahawa di situlah negeri terbaik.

Negeri yang kecil menawan wilayah besar

Raja itu bernama Iskandar Syah yang telah ditawan negerinya, Temasek oleh orang Jawa. Mungkin raja ingin mencari kekuatan baru daripada serangan orang Jawa. Pelanduk yang kerdil dapat menewaskan anjing yang lebih kuat supaya rakyatnya nanti yang kerdil dapat mengembangkan negeri menjadi empayar setaraf Majapahit dan Sriwijaya.

Jikalau digali kekuatan sejarah lalu, nescaya timbullah kekuatan baru. Kisah pelanduk itu dikembangkan sebagai cerita rakyat seperti sang kancil menipu buaya dan lain-lain untuk meningkatkan keyakinan rakyat bahawa kaum yang kecil dapat menewaskan kaum yang lebih kuat. Ini semua adalah senjata kerohanian yang tersimpan.

Semua inilah menyebabkan saya terdorong menonton sebuah filem yang ditayangkan di pawagam kini; 10,000 B.C. Saya fikir, ia mungkin dapat menjawab beberapa pertanyaan yang selalu hinggap di fikiran saya mengenai usia bumi dan usia ketamadunan manusia.

Ini kerana, selalu terjadi pertentangan pendapat antara ahli sains dan agamawan mengenai usia bumi dan tamadun manusia. Malahan ada tokoh agama terkenal negara yang berkata, guru agama yang menyifatkan bumi berusia 10,000 tahun adalah karut dan memalukan Islam. Hal ini perlu diperjelaskan dengan baik bagi mengelakkan kekeliruan.

Sebenarnya, ahli sains Barat dan gereja Kristian berbalah pandangan dalam hal ini, bukan antara ahli sains Barat dan Islam sahaja. Ini terjadi kerana ahli sains telah menolak agama sebagai salah satu rujukan. Sebab itulah mereka melihat manusia berasal daripada beruk.

Semua ini memerlukan penjelasan yang panjang juga. Tetapi, secara ringkas saya gabung jalinkan pandangan agamawan dan saintis sebagai berikut: "Usia dunia ini adalah berjuta-juta tahun dan usia tamadun manusia adalah sekitar 10,000 tahun sahaja."

Penjelasan ini membawa beberapa kenyataan lain. Antaranya, tidaklah terjadi peperangan demi peperangan antara Nabi Adam a.s dan zuriatnya dengan haiwan liar seperti dinosaur itu. Ketika Nabi Adam turun, dinosaur sudah pupus digantikan dengan haiwan lain.

Ketika Malaikat mengeluarkan pandangan bahawa Adam a.s dan keturunannya tak sesuai menjadi Khalifah, mereka memandang dunia ketika dinosaur berbunuhan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka di dunia ini. Di situlah timbulnya dialog yang tercurah dalam al-Qur'an (al-Baqarah: 30)

Kisah 10,000 B.C

Kembali kepada filem 10,000 B.C, saya dapati panduannya bukanlah agama. Tapi ia tetap meletakkan usia tamadun manusia adalah sekitar 10,000 tahun berasaskan tajuk filem itu.

Filem ini mengisahkan zaman prasejarah yang mengisahkan sebuah kaum yang berdepan dengan ancaman gajah purba (mammoth). D'Leh (Steven Strait) adalah pemburu harapan kaum Yagahl. Suatu cara untuk memelihara kelangsungan hidup kaum ini ialah, pemburu ini perlu menewaskan gajah-gajah purba dengan menyerang secara berkumpulan.

Dalam kaum itu ada seorang wanita tua yang menjadi ketua kaum itu. Beliau mempunyai kuasa psikik telah meramalkan kemunculan gadis bermata biru yang menjadi pasangan hidup D'Leh, iaitu Evolet (Camilla Belle).

Kemuncak cerita bermula apabila kaum Yagahl diserang kaum lain untuk diperhambakan kepada sebuah kaum yang lebih besar pentadbirannya. Kaum itu amat zalim mirip Fir'aun. Bagaimanapun, tiada babak yang mengisahkan bahawa D'Leh bertemu nabi dan rasul.

Di dalam serangan itu, Evolet kekasih D'Leh telah ditangkap. Lalu, pengembaraan D'Leh bermula untuk membebaskan kekasihnya termasuk anggota masyarakatnya, yang berasal daripada pergunungan bersalji. Di akhir kisah, D'Leh berjaya membunuh 'Firaun' dan ia bukan seperti kisah Fir'aun yang mati lemas di Lautan Merah, menurut riwayat agama.

Kesimpulannya, sejak awalnya, manusia telah 'civilized' sejak awal kewujudannya. Jadi, mereka bukan hidup tanpa panduan pada asalnya. Kemudian, akan ada sekelompok insan yang berpecah daripada panduan Nabi Adam dan nabi-nabi lain lalu mengambil panduan syaitan. Mereka inilah menjadi kaum yang tidak bertamadun dan peminum darah.

Setelah amalan meminum darah manusia dan mengorbankan jiwa (khususnya anak gadis) semakin menjadi-jadi, ia akan bertukar dan berkembang sebagai suatu budaya membunuh hak awam, memunggah tiang keadilan lalu memasang sendi kezaliman dan pelbagai lagi.

'Merosakkan bumi' dan 'menumpahkan darah'

Antara isu yang dibangkitkan oleh para malaikat berasaskan surah al-Baqarah ayat 30 itu, ialah sikap manusia yang menumpahkan darah (amalan minum darah sebagai suatu syarat pemujaan syaitan atau melalui peperangan) dan akhirnya merosakkan bumi.

Satu pertanyaan yang amat baik diutarakan di sini bagaimana malaikat dapat melihat jauh masa depan bumi yang akan dirosakkan? Malaikat mungkin melihat haiwan purba saling berbunuhan. Tetapi, bagaimana mereka meramalkan kita menjadi perosak bumi? Haiwan purba itu tidak merosakkan hutan? Haiwan itu tidak menumbangkan pokok-pokok hutan di atas nama pembangunan seperti lagaknya perangai manusia biadap pada hari ini.

Yang menarik, berdasarkan al-Baqarah ayat 30, kenapa malaikat mendahulukan perangai insan; 'yufsidu fiiha' (merosakkan bumi) dan mengakhirkan isu 'yasfiku ad-dima' (bunuh dan tumpahkan darah melalui jalan peperangan)?

Sekali imbas, nampaknya kepedulian malaikat ke atas sikap insan yang merosakkan alam ini lebih jelas dan keras daripada sikap saling berbunuhan dan bersengketa. Kalau ditanya kepada ahli politik di negara ini, tentu mereka geleng kepala. (termasuk saya sendiri)

Rujuk, gali semula hikmah daripada panduan asal

Akhirnya saya rasa kita perlu merujuk kepada panduan kita yang asal, al-Qur'an. Hikmah kebijaksanaan Melayu purba yang ditinggal kepada zuriat-zuriat mereka sebagai rujukan. Pertama, kata Allah. Kedua, kata rasul. Ketiga, kata pusaka (petua-petua), Keempat, kata muafakat (syura, mesyuarat yang mengambilkira semua pendapat setiap ahli masyarakat).

Syahadan, baru-baru ini tersiar seruan untuk menyatukan Melayu yang dibangkitkan oleh Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM). PAS dan Umno diseru untuk bersatu lagi. Satu tugasan yang ingin saya sampaikan kepada BBPM ialah kaji semula siapakah orang yang pertama memajukan seruan untuk menyatukan orang-orang Melayu ini?

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dikenali sebagai Melayu Kiri lahir pada 1945 dan disusuli Umno (1946), dikenali sebagai Melayu anak didikan British. Presiden PKMM adalah Dr Burhanuddin al-Hulaimy dan Presiden Umno ialah Onn Jaafar.

Onn Jaafar selalu disifatkan media Umno sebagai orang yang menyeru ke arah perpaduan Melayu. Sasterawan Negara, Usman Awang dalam novel Tulang-tulang Berserakan telah menyatakan kekagumannya ke atas Dr Burhanuddin ketika sosok itu berpantun dalam PKMM sejak 1945:

Di atas runtuhan Kota Melaka, Kita bangunkan jiwa merdeka, Bersatulah Melayu seluruh baka, Membela hak keadilan pusaka.

Siapa orang yang pertama menyeru ke arah perpaduan Melayu? Saya tak tahu. Ini kerana, seperti yang saya sebut pada awal-awal perbincangan, saya sendiri masih mengkaji asal-usul manusia sejak Adam a.s. Saat Melaka diserang Siam, Portugis dan lain-lain bangsa, mungkin ada seorang panglima, hulubalang lain yang menyeru Melayu agar bersatu.

Tapi jika ditanya antara Onn Jaafar dan Dr Burhanuddin, saya berani berhujah bahawa Dr Burhanuddin itulah sosok pertama menyeru ke arah perpaduan Melayu. BBPM perlu juga mengetengahkan hujah ini kepada Umno sebelum parti mahu bergabung dengan PAS.

Agak sukar juga bagi Umno untuk mahu menelan kepedihan begini. Itu belum lagi masuk hujah pusingan kedua; siapa yang lebih jelas ketara memperjuangkan Ketuanan Melayu? Jika BBPM mahu tahu lebih lanjut, sila ke arkib negara atau rujuk Parliamentary Debates dan semak ucapan TYDP PAS, Hj Hasan Adli pada 1962 berhubung hal itu.

Penting bagi Umno dan Melayu bekerja kuat seperti Malcolm-X yang akhirnya menemui kebenaran agama di Mekah dan Padang Arafah, tempat bertemu Adam a.s dan Hawa. Ini semua berlaku setelah dia mengenal kaum asalnya di Afrika, iaitu puak as-Syabaz.
Oleh : Sekolah Pemikiran Kg Baru

Haji : Peluang hayati sirah Nabi Ibrahim, Ismail

Syawal, Zulkaidah dan Zulhijah adalah bulan-bulan haji di mana difardukan Allah ke atas umat Islam akan ibadat haji bagi yang mampu melakukannya, iaitu mampu dari sudut kewangan, persediaan, kesihatan, kenderaan dan yang berkaitan dengannya.

Haji juga merupakan satu perhimpunan perdana umat Islam yang datang dari segenap pelosok dunia ke Makkah dengan satu tujuan, tidak lain adalah untuk menyatakan segala kekurangan dan kekerdilan di hadapan Allah Yang Maha Besar.

Justeru, sesungguhnya pelaksanaan segala rukun, wajib dan sunat haji adalah untuk menyatakan sikap kerdil tersebut, sekali gus untuk menggarap pengajaran, rahsia serta hikmah daripadanya.

Apabila seseorang Muslim yang berjaya menjalani ibadat haji dengan rukun-rukunnya dengan penuh keinsafan, sesungguhnya dia telah berjaya menjalani proses tarbiah yang sedia ada dalam ibadat tersebut.

Marilah kita singkap satu persatu daripada pelaksanaan rukun serta falsafah daripada ibadat haji tersebut yang mampu mendidik hati-hati manusia yang telah mati, sekali gus menjadikan umat Islam agung, hebat dan berwibawa dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan mereka.

* Haji dan Ihram haji

Menzahirkan rasa persamaan di kalangan umat Islam dengan pemakaian pakaian ihram berwarna putih yang tidak berjahit, tidak ada yang merasakan dirinya sebagai ketua negara atau rakyat biasa, semuanya sama di hadapan Allah SWT, seolah-olah mereka sedang berada di padang Mahsyar menanti giliran untuk dihisab segala amalan.

Ia mendidik mereka akan kepentingan amalan serta bekalan untuk hari akhirat dan menyatakan bahawa mereka mengharapkan keampunan, rahmat serta kasih sayang Allah.

* Haji dan Talbiah (seruan di musim haji)

Lafaz Talbiah: Labbaikallahumma Laka Labbaik, Labbaikala Syarika Laka Labbaik, Innal Hamda Wan Nikmata Laka Wal Mulk, La Syarika Laka. Maksudnya: Aku penuhi panggilan-Mu Wahai Allah! Aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan semua kerajaan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.

Ia merupakan satu seruan untuk disahut oleh setiap Muslim/Muslimah yang sedang mengerjakan haji, untuk menyatakan rasa takut dan mengharap segala amalan diterima di sisi-Nya, untuk menyatakan bahawa tidak ada satu kerajaan pun di dunia ini yang mampu menandingi kerajaan Allah di akhirat, iaitu kerajaan yang mendaulatkan Islam dengan pelaksanaan al-Quran sebagai hukum-hakam yang tertinggi dalam negara, kerana Dialah (Allah) adalah Raja segala kerajaan.

* Haji dan Tawaf

Tawaf merupakan tindakan pusingan mengelilingi Kaabah (rumah Allah) bersama-sama para Malaikat yang mengelilingi Rumah Allah, ia bukan hanya bermaksud mengelilinginya dengan hati, malah dengan roh, perasaan dan hati yang amat mengharapkan kasih sayang Allah, ia merupakan amalan Nabi Ibrahim a.s.yang disambung oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Para Malaikat mencatat segala amalan manusia yang sedang mengelilingi Kaabah dengan rasa rendah diri walaupun dia merupakan seorang Perdana Menteri, apa yang dicatat itu akan dibaca di hadapan Allah di akhirat dengan kitab sebalah kanan, iaitu golongan ahli Syurga.

* Haji dan Sa’i

Sa'i adalah rukun haji dan merupakan satu perbuatan bagi mengingati peristiwa Siti Hajar yang berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah mencari air (Zam Zam) untuk dirinya sendiri dan anaknya Nabi Ismail a.s. Ketika itu dia telah ditinggalkan di situ oleh suaminya Nabi Ibrahim a.s.

Ia mengajar manusia erti kesabaran hingga diberikan Allah nikmat yang tidak terhingga iaitu dengan pancutan air Zam Zam yang merupakan makanan dan minuman utama buat Nabi Ismail a.s dan ibunya bagi kelangsungan amal ibadat yang difardukan Allah ke atas setiap Muslim.

Di sebalik tindakan berulang-alik antara kedua-dua bukit berkenaan, Allah mengajar kita agar bersikap rendah diri kepada-Nya, kerana Dialah yang menentukan segala-gala, sama ada yang baik atau pun buruk, pengharapan Siti hajar hanyalah kepada Allah yang memelihara segala-galanya.

* Haji dan Wukuf di Arafah

Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama daripada rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan: "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam 10 Zulhijah, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

Ia untuk menyatakan seoalah-olah manusia sedang menghadapi satu perhimunan yang getir di padang Mahsyar, menantikan amalan dihisab, terutamanya ibadat solat yang merupakan amalan pertama yang akan disoal oleh Allah SWT.

* Haji dan Lontaran Tiga Jamrah

Ia merupakan ikutan kepada amalan Nabi Ibrahim a.s. yang mengisyaratkan bahawa lontaran itu simbolik kepada lontaran Syaitan dan Iblis yang banyak mengganggu manusia dalam melaksanakan amal ibadat. Justeru, manusia perlu belajar daripadanya agar sentiasa melawan Syaitan yang berusaha menyesatkan bangsa manusia seluruhnya.

* Haji dan Penyembelihan Korban

Ia juga pengajaran pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

Ini membuktikan bahawa dalam urusan agama perlu ada pengorbanan, sama ada masa, harta, idea, tenaga dan sebagainya bagi kesinambungan Islam, tanpa berkorban untuk agama, Islam tidak akan berada di puncak jaya seperti yang dilakukan oleh baginda Rasulullah, para Sahabat dan tokoh-tokoh Islam.

Doa Boleh Mengubah Taqdir

Dalam sebuah hadits Nabi shollallahu 'alaih wa sallam menjelaskan bahwa taqdir yang Allah ta'aala telah tentukan bisa berubah. Dan faktor yang dapat mengubah taqdir ialah doa seseorang.

Bersabda Rasulullah shollallahu 'alaih wa sallam: "Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah Ta'ala selain do'a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik." (HRTirmidzi 2065)

Subhanallah…! Betapa luar biasa kedudukan do'a dalam ajaran Islam. Dengan do'a seseorang bisa berharap bahwa taqdir yang Allah ta'aala tentukan atas dirinya berubah. Hal ini merupakan sebuah berita gembira bagi siapapun yang selama ini merasa hidupnya hanya diwarnai penderitaan dari waktu ke waktu. Iaakan menjadi orang yang optimis. Sebab keadaan hidupnya yang selama ini dirasakan hanya berisi kesengsaraan dapat berakhir dan berubah.
Asal ia tidak berputus asa dari rahmat Allah Ta'ala dan ia mahu bersungguh-sungguh meminta dengan do'a yang tulus kepada Allah ta'aala Yang Maha Berkuasa.
"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Ta'ala mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserahdirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)." (QS Az-Zumar 53-54)

Demikianlah, hanya orang yang tetap berharap kepada Allah Ta'ala saja yang dapat bertahan menjalani kehidupan di dunia betapapun pahitnya taqdir yang ia jalani. Ia akan senantiasa menanamkan dalam dirinya bahwa jika ia memohon kepada Allah Ta'ala dalam keadaan apapun, maka derita dan kesulitan yang ia hadapi sangat mungkin berakhir dan bahkan berubah.
Sebaliknya, orang yang tidak pernah kenal Allah ta'aala dengan sendirinya akan meninggalkan kebiasaan berdo'a dan memohon kepada Allah Ta'ala. Ia akan terjatuh pada salah satu dari dua bentuk ekstrimitas.
Pertama, ia akan mudah berputus asa.
Atau kedua, ia akan lari kepada fihak lain untuk menjadi sandarannya demi merubah keadaan.
Padahal begitu ia bersandar kepada sesuatu selain Allah Ta'ala, termasuk bersandar kepada dirinya sendiri, maka pada saat itu pulalah Allah Ta'ala akan mengabaikan orang itu dan membiarkannya berjalan mengikuti situasi dan kondisi yang tersedia.
Sedangkan orang tersebut dinilai sebagai seorang yang mempersekutukan Allah Ta'ala dengan yang lain. Berarti orang tersebut telah jatuh ke dalam kategori seorang musyrik...!

"Dan Tuhanmu berfirman, "Berdo`alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (QSAl-Mu'min 60)
Dan yang tidak kalah pentingnya bahwa seorang muslim tidak boleh pernah berhenti meminta kepadaNya, karena sikap demikian merupakan suatu kesombongan yang akan menjebloskannya ke dalam siksa Allah Ta'ala yang pedih.

Maka Rasulullah shollallahu 'alaih wa sallam bersabda: "Barangsiapa tidak berdo'a kepada Allah Ta'ala, maka Allah Ta'ala murka kepadaNya." (HR Ahmad 9342)

Saudaraku, janganlah berputus asa dari rahmat Allah Ta'ala. Bila anda merasa taqdir yang Allah Ta'ala tentukan bagi hidup anda tidak memuaskan, maka tengadahkanlah kedua tangan dan berdo'alah kepada Allah Ta'ala. Allah Ta'ala Maha Mendengar dan Maha Berkuasa untuk mengubah taqdir anda.
Barangkali di antara do'a yang baik untuk diajukan sebagai bentuk harapan agar Allah Ta'ala mengubah taqdir ialah sebagai berikut: "Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirahat untukku dari segala keburukan." (HR Muslim4897)

Benarkah kita mencintai dan menjadikan Nabi s.a.w sebagai ikutan?

Pertama kali diucapkan selamat menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w kepada semua kaum muslimin dan muslimat, semoga sambutan kali ini memberi nafas baru kepada kita untuk menjadikan segenap ajaran baginda inspirasi menuju kecemerlangan hakiki.

Namun apa yang perlu diutarakan kepada sidang pembaca setia harakahdaily.net, ialah satu persoalan yang mungkin tidak terlintas dalam pemikiran kita semua, berhubung kebenaran kecintaan dan ikutan kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w

Isu perarakan yang dilakukan pada awal pagi 12 Rabiulawal saban tahun seolah-olah menggambarkan bahawa rakyat Malaysia yang beragama Islam menunjukkan kesungguhan mereka untuk mencintai Rasulullah, tetapi apakah benar mereka mencintai Rasulullah setelah selesai melakukan perarakan?.

Sesungguhnya kecintaan terhadap Rasulullah tidak terhenti pada majlis perarakan, kalau itu yang berlaku, ia bermakna tidak ada perbezaan dengan tindakan Abu Lahab (Pak Cik Nabi) setelah mengetahui bahawa Rasulullah diputerakan, lantas beliau mendakap jasad baginda yang mulia dan membawanya mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan (serupa amalan tawaf mengelilingi Kaabah).

Tetapi apa yang terjadi kepada Abu Lahab setelah baginda meningkat dewasa dan dilantik pula menjadi Rasul terakhir, beliaulah orang yang paling keras menentang kebenaran yang dibawa oleh anak saudaranya sendiri.

Inilah yang terjadi kepada kebanyakan umat Islam dalam negara kita, pada waktu pagi berarak, dan di waktu petang hari melakukan tindakan yang menentang Islam dengan penganjuran program maksiat seperti membenarkan konsert Akademi Fantasia 6 disiarkan menerusi Astro dua hari selepas berarak (22 Mac 2008).

Tidakkah golongan seperti ini perlu memerhatikan ayat Allah menerusi surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud: Katakanlah Wahai Muhammad (kepada umatmu) Jika kamu cintakan Allah, maka ikutlah aku, pasti Allah cinta kepada kamu.

Dalam ayat 21 surah al-Ahzab, Allah menegaskan bahawa: Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh teladan ikutan yang baik. Sementara dalam ayat 8 surah as-Soff maksudnya: Dialah (Allah) mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dengannya dapat mengalahkan agama seluruhnya walaupun tindakan baginda itu tidak disukai oleh golongan orang-orang musyrikin.

Apabila kita merujuk kepada ketiga-tiga ayat di atas, yang menganjurkan kepada kita agar mencintai baginda, menjadikan baginda contoh teladan, membawa petunjuk ke jalan kebenaran, dan banyak lagi, tetapi adakah kita telah mengikut saranan ayat-ayat di atas.

Umat hari ini selepas berarak, mereka membenci sunnah-sunnah Nabi, sebagai contoh melantik para pemimpin yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah sampai hari ini walaupun negara sudah merdeka lebih lima puluh tahun.

Mereka juga tidak menjadikan baginda Rasulullah s.a.w sebagai contoh dalam segenap aspek kehidupan sebagai muslim, ini termasuk dalam aspek pentadbiran negara, institusi kewangan, kemasyarakatan, persekitaran dan lain-lain, semuanya diikat dengan sistem Sekularisme, Kapitalisme dan lain-lain.

Malah mereka juga tidak yakin bahawa agama Islam adalah agama yang betul dengan prinsip rukunnya yang lima, hingga mencipta satu agama baru "Islam Hadhari" dengan prinsip yang sepuluh dengan pelbagai alasan.

Dalam Islam, perkataan Islam dan Iman tidak boleh dipisahkan bagaikan aur dengan tebing, jadi kalau ada Islam Hadhari, mestilah juga ada istilah Iman Hadhari, Islam Hadhari diterjemahkan dengan Islam yang bertamadun, ini menunjukkan ada lagi istilah Islam yang tidak bertamadun.

Inilah yang dikatakan bahawa kalau tidak mahu terima Islam sebenar, itu adalah haknya untuk menolak, tetapi jangan sampai mengajak orang ramai (rakyat) menentangnya juga. Ingatlah apa yang pernah diungkapkan oleh Saidina Omar Bin al-Khattab: "Dulu kami adalah golongan yang hina kerana menolak Islam, kemudian Allah muliakan kami dengan Islam, tetapi apabila jika kami mencari kemuliaan selain daripada Islam, pasti Allah akan timpakan penghinaan atas diri kami"
Oleh : Ustaz Zainudin Hashim

Bolehkah Puasa Qada Dan Syawal Digabungkan?

Isu keutamaan antara sunat Syawal dan Qada seringkali menjadi perbincangan di kalangan umat Islam yang ingin menunaikan kewajipan dan perintah agamanya dan lazimnya menjadi persoalan ialah tentang penggabungannya dengan puasa ganti Ramadan dan puasa yang perlu didahulukan.

Malah ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawal dan puasa Qadha sedangkan telah terbukti dari hadis sebuah Qudsi yang sahih yang menuntut umat Islam mengutaamakan dahulu kewajipan menunaikan puasa ganti terlebih dahulu.

Sabda Rasullullah berhubung puasa tersebut : "...dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari).

Mengulas isu ini Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkata walaupun waktu bagi puasa Qada adalah panjang, umat Islam tetap tidak pasti adakah mampu menunaikan sampai ke tarikh tertentu atau ajal menjelang dahulu.

"Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Tiada Dalil Gabungkan Puasa Sunat Syawal Dan Qada Dalam Satu Niat

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali," katanya dalam laman webnya
www.zaharuddin.net

Dalam pada itu beliau turut mengulas isu menggabungkan puasa qada dan syawal yang sememangnya amat popular dan lazimnya dilakukan oleh rata-rata umat Islam.

"Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi s.a.w. pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya," katanya.

"Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi s.a.w. dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik," katanya.

Malah katanya terdapat juga hujah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan 'qada dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu antaranya jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qada (yang wajib) dengan puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat.

Atau ada yang akan beranggapan boleh gabungan solat Isyak dengan Tarawih, atau Subuh dengan 'tahiyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat Jumaat dengan solat sunat 'tahiyatul masjid',katanya.

Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (bekas Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd 'Uqlah el-Ibrahim (Jordan), mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya.

Selain itu tindakan Aisyah ra yang melewatkan Qada pula boleh dijadikan hujah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qada dan Syawal.

Selain itu amalan wajib (qada) memerlukan niat yang 'jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya, kata Zaharuddin lagi.

Namun secara cermat beliau membuat kesimpulan dalam mengutarakan perbincangan ini iaitu adalah tidak elok digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qada) daripada sunat (Syawal) tetapi menganggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya.

Beberapa panduan amalan dalam mempertingkatkan iman kita

Persoalan iman dan amalan yang dilakukan oleh para ahli ibadat, tidak akan meningkat mutunya jika tidak disandarkan kepada kefahaman mendalam mengenai ilmu-ilmu Fardu Ain, malah seseorang itu perlu mengetahui sedalam-dalamnya maksud dan tujuan beribadat kepada Allah SWT, ia tidak lain agar hati-hati manusia menjadi lunak, lembut dan sentiasa berhubung dengan-Nya.

Berikut adalah antara pendekatan agama yang menjadi kemestian untuk diketahui, direnungi dan seterusnya diamalkan sebagai satu cara hidup beribadat kepada Allah :

1. Setiap muslim perlu mengetahui, bahawa Allah SWT amat gembira kepada hamba-Nya yang sentiasa memohon dan berhubung dengan-Nya.
2. Setiap muslim juga perlu mengetahui, bahawa segala apa yang menimpa diri adalah hasil dari dosa dan kesalahan yang dilakukan. Hal ini telah diperingatkan Allah menerusi ayat 79 surah an-Nisaa : Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah daripada Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu adalah kesalahan diri kamu sendiri.

3. Semestinya setiap muslim tidak terlibat dalam dosa-dosa besar dan kecil yang berterusan, kerana ia boleh menjadikan seseorang itu jauh dari rahmat Allah dan sentiasa berwaspada dalam hubungan akidahnya dengan Allah.

4. Setiap muslim perlu mengetahui, bahawa dosa-dosa yang dilakukan itu mempunyai banyak rangkaian yang menjurus ke arah neraka, justeru perlu dia menjaga hati, roh dan meyakini bahawa segala kebaikan yang dilakukan mampu menyelamatkannya dari mememasuki api neraka, sehubungan ini, Allah SWT menjelaskan dalam ayat 81 surah al-Baqarah : Sebenarnya, sesiapa melakukan dosa dan dia telah dikuasai oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka dan kekal di dalamnya.

5. Perlu setiap daripada kita mengetahui, bahawa kita sebagai manusia, sentiasa terdedah kepada dosa dan maksiat, ini membuktikan kelemahan diri kita dan sekaligus membuktikan keagungan Allah, justeru kewaspadaan adalah senjata paling utama dalam menangkis segala kekurangan dari sifat-sifat mazmumah.

6. Dalam menjalani proses kehidupan sebagai muslim, kita berada antara dua keadaan, sama ada roh kita akan maju atau sebaliknya, perkara ini dijelaskan oleh Allah menerusi ayat 37 surah al-Muddathir : Iaitu bagi siapa yang ingin maju dengan peringatan atau mundur dengan menolak peringatan.

Faedah yang akan diterima oleh seseorang itu dalam mengamalkan ibadat yang disyariatkan:

1. Jenis ibadat:12 rakaat solat sunnat rawatib (2 rakaat sebelum Subuh, 4 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat selepasnya, dua rakaat masing-masing selepas Maghrib dan Isyak). Faedah: Allah SWT membina bagi orang itu mahligai dalam syurga. Dalil: Nabi s.a.w bersabda : Sesiapa yang melakukan 12 rakaat solat sunnat rawatib akan dibina baginya sebuah mahligai dalam syurga.

2. Jenis Ibadat:Solat 2 rakaat di waktu malam. Faedah:Doa serta hajat akan terkabul dan dosa akan diampun. Dalil:Nabi s.a.w bersabda : Allah SWT akan turun tiap-tiap malam ke langit dunia dan apabila sampai 1/3 malam Allah berfirman : Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku perkenankan, sesiapa yang memohon kepada-Nya, akan Aku tunaikan dan sesiapa yang memohon keampunan-Ku, pasti Aku ampunkan dosanya.

3. Jenis Ibadat:Solat Dhuha 2 , 4 atau 8 rakaat, setengah jam selepas Syuruk dan setengah jam sebelum Zuhur.